DAY5# Hari Paling Tak Penat :)

Assalamualaikum, heyheyy, sihat? hehe, harap semua sihat lah ek? :)


hari nie solat terawih pukul 9.40 dah witir. hehe, kejap jea. tapi kau tahu, tok imam tuh baca, MasyaAllah~ bukan main laju. dah tuh, aku tak boleh nak tangkap apa yang dye baca. tapi, Alhamdulillah. boleh lah sikit-sikit, tok imam baca surah pendek-pendek jea :) surah-surah masa masuk pertandingan hafazan dolu-dolu. hihi :3

ehem, ramadhan itu apa anak-anak? hehe, ada macam gaya pengetua berucap tak? :D okay-okay, gurauan semata-mata. yahh, ramadhan itu panas terik. ramadhan juga boleh disebut Syahrunn Mubarak. syahrunn itu kan bulan. mubarak itu keberkatan. so, bulan yang penuh keberkatan :) kalau tak silap aku lah. hihi, aku baru belajar kat kelas pagi tadi. bulan malam nie comel kau tahu :)
bila masuk bulan ramadhan nie, kita mestilah melakukan amalan-amalan sunat disamping melakukan amalan-amalan utama en, amalan-amalan yang wajib iaitu puasa dan solat! so, amalan-amalan sunat tu, tamsilnya *ececeyyhh ;p


Baca al-Quran 
Kita kalau nak baca al-Quran boleh baca sorang-sorang. tapi, kalau nak lagi best, boleh buat secara tadarus. kalau buat tadarus boleh terus khatam bila dah habis ramadhan nanti. ustaz wan kata, buat dekat sekolah boleh, buat dekat rumah pun boleh. kalau dekat rumah tuh, kita buat lah satu family. contoh, ahli keluarga kita ada 5 orang. kita bahagi-bahagikanlah. 30 juzuk bahagi lima orang. bacalah sorang 6 juzuk :) kan mudah yo tuww. kalau kat sekolah tuh, eh, anehlah kan kalau korang tak tahu. hampir semua sekolah buat tadarus ken?
Solat Terawih 
Oraitee, terawih bukan tawarih. ahaha, itu upin dan ipin punya cerita. sila sebut betul-betul :3 okay, awak-awak tahu fadhilat bagi solat terawih? hehe, salah satunya, badan awak-awak boleh sihat. yeah, selain awak pergi bersenam setiap hari dekat tepi tasik and whatsoever, baiklah kita pergi solat en, sekurang-kurangnya kita bersenam plus bersolat sekaligus. dapat pahal lagi taww :D


Sedekah 
weyhee :) sedekah itu bukannya dari segi wang jea. kita juga boleh sedekah makanan dekat jiran-jiran. kita main tukar-tukar lauk dekat tepi pagar jiran tu, kan biasa tengok dekat tv kan? hihi. paling kuman pun kita sedekahkan senyuman. hehe. terbaikkk. kalau kita bagi salam pun, tuh pun dikira sedekah taw :3 semua kerja kalau ikhlas, dapat pahala :)


P/S:
hari rabu minggu depan, masjid kampung paya rumput akan berimamkan imam from Makkah, so mari ramai-ramai penuhkan saf (: sebut pasal pengetua tadi, tiba-tiba aku terindukan anak dye, abang zuzu tuh. haha. apo daa :')
IF YOU FAILED, JUST REMEMBER THAT YOU TRIED :3

Comments