20120126

Ouhhh, Holiday Lagi :>

Bismillahirrahmanirahim, assalamualaikum and hello peeps :> Ehh, Happy Chinese New Year korang. belum terlambat lagi kan nak wish? hari tu sempat cakap Gong Xi Fa Choi dengan Goven je. haha. aku pun tak faham kenapa Goven? budak-budak cina semua dah larikan diri. tak sabar agaknya nak raya :3


Weh, tidak kusangka banyak jugak homework yang cikgu bagi. nampak macam sikit. ahha. kadang-kadang, aku rasa aku seorang lah yang paling tak waras dalam rumah ni. cuti sekolah aku, duduk dalam bilik and mengadap homework yang sepah-sepah atas meja tu. sampai tekak dah loya. mata nak lebam -.- HAHA, hiperbola.
Baucer RM200 kakak-kakak aku = RM400 aku guna seorang. ehh, tipu ah camtu. lebih kurang RM200 lebih jugak lah kakak-kakak aku dah belanja and beli buku-buku revision serta buku-buku latihan untuk aku. haha. then, dalam kedai buku tu jugak diorang dah pakat siap ugut-ugut aku "tak dapat 8A, kau dengan buku-buku tu akak rebus" apakah?


nak tengok homework aku banyak mana? hehe, aku dah edit photoshop dah list-list homework yang cikgu bagi. mwehehe ;D hebat dok?
Ouhh, lebih kurang macam tu lah homework yang cikgu-cikgu dah bagi. kalau nak list kan satu-satu mahu melekat bontot aku dengan kerusi meja dalam bilik tu. ada lagi dua je homework. tu pun tak tahu ler bila nak buat. bunga sakura tu? HAHA. itu kerja Puan NorSiah yang bagi. malehh der -.-


Module dah bertimbun-timbun. ehh, tak habis-habis merungut. apalah kau ni ida. redha babe, redha. jangan banyak mulut, buat jaa :> [tengah merawat hati yang duka sebab tak dapat main game Mystery Case File Dire Grove]
Okay-okay, sampai sini je lah syarahan aku hari ni. ya-ya-ya, holiday lagi. sebab? aku pun kurang pasti kenapa dol said je yang cuti 9 hari. sekolah lain dah start hari rabu hari tu. ke aku seorang je yang pelik, dol said memang baik ke aku seorang je tak tahu-menahu? ehh, aku rasa wayar dalam kepala otak aku dah disconnect ni, lain macam je entry aku hari ni. 


P/S:
Ohh macam tu, kena jual mahal ah lepas ni. siap kau! peduli apa aku -.- hmppff, gila kau. tak comeyy ahh cakap gila-gila ni ida, HAHA. tak baik kut. tetiba aku rindu Ustaz Wan. rumah dekat je pun ;P
diorang handsome jugak kan? HAHA. 

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

20120113

Review Running Man ;D

Assalamualaikum and hello earthlings :) friday like freedom ;P ahha, kemain lagi ayat. banyak kau punya freedom. mwehehe. apa-apa pun, Bismillahirrahmanirahim (:

Korang, dah 8 tahun aku belajar and pergi sekolah, tahun ni lah first time aku rasa tertekan. STRESS -.- hohoho. tak tahu lah pulak budak-budak lain rasa macam mana. maybe aku sorang je yang rasa macam tu. eh, entahlah. aku tahu, bukan murid-murid je stres nak belajar. cikgu nak mengajar pun asyik mengadu dekat kitorang, diorang stres dengan kitorang. HAHA. seriously, tak ada masa nak online lagi sekarang ni. kalau ada pun, aku lagi suka tengok TV. tekan remote, terus duduk, tengok. kalau nak online tuh macam payah kan, kena on computer, on modem internet, nak tekan itu tekan ini, erk tak susah ke tu. hehe.


Eh, macam tersasar jauh je dari title entry aku dengan cerita yang aku dah cerita tu. hah, tak faham buat-buat faham. hihi. actually saja je nak buat review Running Man ni. aku buat pun sebab aku suka game diorang and pengacara diorang.
Ni Jaesuk oppa. aku tak tahu nak panggil dia oppa ke ajusshi. hehe. dye MC dekat program ni. dia MC dalam Happy Together jugak. orang kata muka dye macam belalang ;P
Ni pulak Sukjin oppa. paling poyo. haha. poyo bukan apa lah, disebabkan dia paling tua dalam program ni so, dye nak jugak rasa muda. eh, apakah yang aku cakap ni? ;P
"Nama saya Jong Kook. Saya paling kuat dalam show running man ni. tiada siapa boleh kalahkan saya termasuk Jaesuk dan Sukjin Hyung. hahahahaha." hehe, bayangkan itu Jong Kook 'Sparta' yang cakap ;P
haha. yang ini Kwang Soo. he, korang tengok muka pun korang dah tahu. dia lah yang paling kelakar, paling sengal, paling kesian. segala paling lah. kecuali kuat ;P birthday dia sama dengan aku, 14 Julai. haha.
Yang ni pulak Monday Couple. hari Isnin jea diorang akan jadi couple. haha. abaikan gambar kahwin tu, photoshoot je. haha. diorang kelaka sangat ;P macam biol-biol sikit. Gary oppa and Blank~ Jihyo :D
Yang macam sengal-sengal ubi ni HaHa. nama sebenar dia Dong Hoon. budak-budak suka dia. maybe sebab perangai dia pun macam kanak-kanak, bawak patung jalan-jalan. apalah ;P he.
Photobucket
Yang comel ni Joong Ki. mwhaha. dye comel kan? ;P dia lah yang paling waras sekali dalam Running Man, yang lain semua biol-biol ;D

actually Running Man nie ada banyak game. antaranya ialah ;D hide-and-seek, cari running ball, carik tabung duit bentuk gold pig ;P haha. macam-macam lagi lah. yang aku paling suka  part diorang kena main hide and seek. yang mencarik tu pakai loceng, kalau yang tengah sembunyi tu dengar, agak-agak kurang dalam 10 tahun nyawa diorang ;P

episod yang best : 1 sampai 76. haha. actually, semua episod best. setiap episod ada macam-macam guest, so takdelah korang bosan sangat tengok muka MC je. buat yang tengah stres, putus cinta, putus selera, putus urat dawai segala putus, dibenarkan tengok show Running Man ni, seriously mengubat segala pahit sampai jadi manis ;P

P/S:
Stressss! hehe, buat gaya macam Gary oppa suka buat ;P seriously betul-betul penat :/ huhu.
Photobucket

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

20120103

Let Bygone Be Bygone ;D

Assalamualaikum and Happy New Year. yeah, hello earthlings  ada sihat kah? well, belum terlambat lagi kan nak wish happy new year? hehe. hari tu tak sempat lah nak tulis blog. pfftt -.- bukan busy, tapi malas. ish. teruk kan? ni semua sebab ida tengok Running Man sampai pukul 10.30, then nak ambik Izzati balik kerja sampai pukul 11. pastu nak tolong tengok kak long buat moist cake sampai pukul 12. pastu-pastu nak celebrate birthday abah ;D heh, punya lah banyak alasan.


Babe, let bygone be bygone. 2011 are the past. kan kan? so, mestilah ada yang susah nak lupakan and mesti ada yang kita betul-betul nak lupakan. heh, apa lah ayat aku ni. bagi aku, dua-dua aku nak buat.
A moment to remember ♥ ;P


1. Firstly, kawan-kawan aku ada yang kena pindah kelas. so, terpisah lah buat setahun dekat dalam kelas. kelas je, dekat luar jumpa balik :P
2. Aku pernah menjadi salah seorang murid yang bertugas dekat koperasi, sangat penat -.- hehe.
3. I am Beliebers. heh, takdelah terus sangat kan, cuma aku boleh gila bila tengok muka dia. tapi itu dulu. sekarang dah kureng. tapi aku tetap admire dia ;P
4. Dalam satu hari aku pernah kecewa dua kali. actually, benda tuh berlaku dua kali dekat aku and maksudnya 4 kali kecewa. hah, bengong sudah -.- ini yang luar biasa, kecewa tu perkara biasa ;P
5. Aku hutang 30 sen dengan driver bas. heh, tak cukup duit nak balik :'D
6. Kitorang satu kelas berlakon drama rumplestiltskin. semua orang tengok *baca dengan intonasi orang tengah berlagak. mwehehe :P
7. Masuk kawad, then berlatih macam orang gila. at last, hancuurr :>
8. Tulis diary bulan puasa dalam blog ;D and perfectly, ia bulan puasa paling indah sekali :')
9. Aku ngaku, sampai sekarang aku rindu kan kau, babe v.v
10. Tak percaya December dah habis. woah, seriously tak sedar. huhu :'(




And I hope, sangat-sangat mengharap. 2012, please be good to me  Azam baru? well, ida nak perbaiki semua kelemahan ida sebelum ni. nobody perfect, memeyy ler. tapi tak salah to be the best among the best and the best from the better. ohoho :D nak buat mak and abah bangga dengan ida. heh, InsyaAllah. 8A PMR, study smart and pray hard 


P/S:
Esok dah sekolah. tidur awal ye budak-budak ;D tak dapat lah nak tidur pukul 2 pagi cenggini, yea dak? huhu. seriously, esokkkkkkkk?

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

 

♥ Best view with Google Chrome. ♥