20120406

Nawaitu Kita :-)

Assalamualaikumwarahmatullah :-) Hello peeps  Whoo, sihat? Alhamdulillah, kita sihat. Heww :3 Tak ada orang tanya pun kan? Takpe lah. Sengaja nak bagitahu satu Malaysia. Hehe. 


Minggu ni kita ada belajar pasal niat dengan Ustazah Najmiah kita dekat sekolah. Tak ingat lah macam mana ustazah boleh termasuk tajuk tu dalam kelas. Rasanya kitorang tengah belajar pasal pahala dengan dosa kut. Tu yang terselit-selit pasal niat tu.
Ustazah kata, memang semua benda yang baik dan benda yang tak terlarang kalau kita buat dapat pahala. Tapi nak dapat pahala pun bukan senang. Depends dengan nawaitu kita. Nawaitu tu apa? Niat kita lah. Tujuan sebenar kita buat baik tu. Sebab tu orang putih kata, look before you leap ; think carefully before you making a decision :-P Amboii, thank you Madam Suzie. Hehe.


Tamsilnya, contoh yang mudah dan dekat dengan diri kita sendiri. Sebagai seorang pelajar :-) Apa tujuan sebenar kita pergi sekolah? Mesti ramai gila pelajar sekolah akan jawab "Kami nak berjaya!", "Kami nak capai cita-cita!" kan kan? Sebab kita pun jawab benda yang sama dekat ustazah kita -.- Heww. Ustazah kita kata, tak salah nak jawab macam tu bila ada orang tanya. Tapi, hari-hari kita pergi sekolah tu, tak dapat pahala. Sia-sia kan? Kenapa sia-sia? Sebab kita sebagai hamba Allah perlulah sentiasa mengharapkan pahala dari-Nya. Whoo,  berbalik pada tajuk 'pergi sekolah' tadi. Bila niat macam tu, ilmu kita boleh dapat, tapi pahala tak dapat. Sebab apa?
"Syahmi kata muka aku muka munafik. Kurang ajo betul -.- Aku tgh blaja la."
Sebab, nawaitu kita dah salah. Sebenarnya, niat kita pergi sekolah adalah kerana Allah SWT menyuruh, mewajibkan setiap hamba-Nya menuntut ilmu. Sebab Allah yang suruh. Kata orang, tuntutlah ilmu sampai ke liang lahad. Kannn? Kalau kita jawab "Kami nak berjaya!", jawapan itu merupakan antara jawapan apabila disoal tentang faedah kita pergi ke sekolah, kelebihan, kebaikan kita pergi menuntut ilmu.


Ustazah Najmiah kata, sebelum kita buat/jawab walau apa pun jenis soalan, pertanyaan, atau apa pun yang kita cuba lakukan..cuba kaitkan dengan Allah SWT. Contoh lain, kenapa kita perlu mandi? Sebab Allah SWT suka akan hamba-Nya yang bersih dan kebersihan itu sebahagian daripada Iman. Okay? :-) Insya-Allah, lepas ni apa yang kita buat dengan niat yang betul, kita dapat pahala. Wallahualam.


P/S:
Susahnya nak kejut orang bangun pagi. Haha. Orang yang nak kejut kita pun mesti akan cakap macam ni jugak. Memang susahkan? Padahal, bangun pagi tu perkara biasa bagi setiap orang untuk memulakan hari yang baru. Sebab setiap hari kena bangun, patutnya dah biasa dah. Tapi, entahlah, manusia kan :-P

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

 

♥ Best view with Google Chrome. ♥