Posts

Abah (Pt 5)

Image
Assalamualaikum. Walaupun abah dah tak ada, Ida rasa Ida tetap nak ceritakan pasal abah kat sini. Masa mula-mula abah warded, yang mana puncanya bila oxygen abah terlalu rendah selepas buat biopsy di PPUM hari tu, Ida masih in denial phase. Ida memang tak post/share kepada sesiapa or dekat mana-mana medium. Ida diam. Sebab bagi Ida, apa pun sakit yang abah alami, abah mesti akan sembuh. Padahal kelulusan sains. Padahal Ida belajar semua ni masa study dulu. Tapi tu lah, Ida tak percaya abah ada cancer. Abah pulak selalu menampakkan diri abah kuat, seolah-olah abah tak sakit. Bila abah nampak kuat, lagi Ida percaya yang abah tak sakit pun sebenarnya. Masa kawan abah datang ziarah, abah cerita semuanya dari awal sehinggalah macam mana abah boleh warded dekat kawan abah tu. Masa tu, abah kata "Aku ingatkan TB, batuk teruk, doktor pun ingat TB. Macam-macam test dah buat, tak dapat TB. TB taknak aku, kanser yang nak aku." Abah cakap sambil ketawa besar. Masa ni Ida senyum je. Tapi

Abah (pt 4)

Image
Assalamualaikum. Sedekahkan bacaan al-fatihah to my abah, esok genap seminggu selepas abah tinggalkan ida, tinggalkan dunia ni. Abah, ada banyak benda yang belum lagi ida dapat tunaikan untuk abah. Ada banyak lagi perkara yang ida nak ceritakan. Ida rindu abah, tapi apakan daya, rindu kali ni tak dapat disampaikan dengan peluk dan cium lagi. Right after I posted the last entry on my blog, that night, kak long inform kami adik-beradik yang abah sakit sangat. Abah sakit perut yang teramat sangat. Dalam jam 10.55pm, abah dibawa ke emergency untuk x-ray bahagian perut abah. Doktor inform, perut abah banyak angin dan CT scan akan dibuat secepat mungkin. Tapi.. Abah tak tahan sangat, abah minta doktor operate abah segera. Tapi risiko sangat tinggi. Paru-paru abah cuma tinggal sebelah je yang berfungsi atas faktor kanser abah, so procedure intubation sangat imposible untuk dibuat dengan keadaan abah macam tu. Masa ida sampai je dekat ward pukul 12am tu, ida terus peluk abah. Takut. Takut sang