Posts

Showing posts from October, 2023

Abah (Pt 5)

Image
Assalamualaikum. Walaupun abah dah tak ada, Ida rasa Ida tetap nak ceritakan pasal abah kat sini. Masa mula-mula abah warded, yang mana puncanya bila oxygen abah terlalu rendah selepas buat biopsy di PPUM hari tu, Ida masih in denial phase. Ida memang tak post/share kepada sesiapa or dekat mana-mana medium. Ida diam. Sebab bagi Ida, apa pun sakit yang abah alami, abah mesti akan sembuh. Padahal kelulusan sains. Padahal Ida belajar semua ni masa study dulu. Tapi tu lah, Ida tak percaya abah ada cancer. Abah pulak selalu menampakkan diri abah kuat, seolah-olah abah tak sakit. Bila abah nampak kuat, lagi Ida percaya yang abah tak sakit pun sebenarnya. Masa kawan abah datang ziarah, abah cerita semuanya dari awal sehinggalah macam mana abah boleh warded dekat kawan abah tu. Masa tu, abah kata "Aku ingatkan TB, batuk teruk, doktor pun ingat TB. Macam-macam test dah buat, tak dapat TB. TB taknak aku, kanser yang nak aku." Abah cakap sambil ketawa besar. Masa ni Ida senyum je. Tapi