20110531

Give You Hell.

Give You Hell.
Whahaha, Assalamualaikum semua :) Deyy, malam tadi hujan lebat kan? Sumpah kali ni aku takut. Selalu aku buat tak tahu jeh tengah tidur tetiba hujan. Perghh, seram kod. Aku pandang kiri-kanan kakak aku semua tidur membatu jeh. Terutama kak ngah aku. Eee aii, sakit hati aku taw. *Its already 4 am, bukannya malam*

Heyy korang, tengok Nora Elena tak? Bhaha, kuno kod aku baru nak post entry pasal cerita nie. Hehe. Eyy, pengakuan, dalam entry nie aku nak memuji Eid aka Saiful Idham berlambak-lambak, so, siapa yang tak suka, boleh cari entry yang lain. Hehe :) *Gelak gatal. So, korang-korang mesti dah tengok cerita nie kan? Tipu lah tak tengok, cerita dye sama macam Novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha. Ambik kau, kasi full punya.
Eid, auww. Kakak-kakak aku semua sokong dye jugak kod. Hehe. Semua tak suka Seth Tan :P Haha, padan muka kau. Erk, emo gila aku nie. Yea, mula-mula tuh, aku pun bengang jugaklah dengan Eid sebab dye lagi pentingkan kerja jeh dari Elena tuh. Sampaikan masa untuk dye test baju nak kahwin pun, tak dapat datang. Busy sangat. 

Then, Seth Tan tuh, bila dah jumpa Elena, yea, kawan masa kat kampung dulu, ambillah kesempatan masa Eid kena hantar Pinang for kerja. Dia yang tolong hantar Elena balik kerja and blahblahblah, geram wehh. Memang lah bukan salah dye Eid kena hantar gi Pinang untuk kerja bawah dye, tapi tak payah lah nak jumpa Elena hari-hari. Bengang nie weyh. Whaha.
Lagi satu, kadang-kadang geram jugak lah kan, bila Eid tuh tak nak dengar penjelasan Elena. Sikit-sikit dye marah Elena, tuduh Elena. Bhaha, dahsyat gila aku, tak sangka. Tapi, nasib baik kakak aku pandai terangkan balik dekat aku. Kakak aku kata, "Memang patut pun Eid tuh jadi macam tuh, mestilah dye sangka Seth Tan tuh cuba untuk ambil kesempatan dekat Elena. Sekejap-sekejap dye hantar Eid gi Pinang, gi Melaka. Seth Tan tuh mesti tahu Eid akan ambil peluang tuh sebab Eid memang nak kejar kerja dye dulu sebelum kahwin, blahblahblah." Hahh, lebih kurangmacam tuhlah kakak aku membebel.
So, sampai sekarang, aku mengharap Eid datang balik cari Elena, walaupun Elena dah kahwin dengan Seth Tan. Euww, nyampah kod dengan Seth Tan, GEDIK. Haha. Eid, please come back :) Eee, tetiba aku rasa macam kena miang buluh pulak, gatal. HAHA. ada bengong sikit akhir-akhir nie. So, jom tengok lagi sambungan dye and dye. Tak sabar weyh.
P/S:
I dont like orang yang suka ejek-ejek aku nie taw. HAHA, sensitive gila. Hehe. Deyy, malam tadi tengah takut-takut sebab hujan, aku gi mesej Amir. Agak bengong disitu. Hurmm. Charger phone dah rosak, so, sekarang bergantung time ibu dye free jeh -.-'

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

20110530

Heyy Monday.

Assalamualaikum and selamat pagi :) yea, hari nie kakak aku pergi sekolah. aku duduk rumah. HAHA. perasaan aku macam orang gilak sikit ahh. aku rasa macam budak-budak jahat tengah ponteng sekolah. ouh chop-chop, bukan budak jahat jeh ponteng sekolah. budak baik pun kadang-kadang ponteng sekolah jugak. ahha, jangan salah faham.

Okay, malam tadi dia call then bagitahu macam-macam. lahh, aku dah bosan nie weyh.
kredit aku berlambak-lambak nak buat apa pulak dah? then, dah tengah malam nak call lagi, aku malas nak jawab. heh, tak ada feel nak menjawab call kau tuh. lain kali ahh.
Dear awak, aku bukan tak nak jawab call kau tuh. *deyy, ini orang lain pulak okay, bukan orang yang sama. haha.* just, bagi aku masa untuk bercakap dengan kau. yayaya, lagipun, malam tadi tak ada cerita nak story dengan kau. nanti aku senyap jeh, kau pulak melenting. bhaha, nanti aku jawab call kau okay, cuti 2 minggu, banyak lagi masa (: sorry ahh.

tak ada mood hari nie. birthday lisa! yaw, happy birthday darl :) 
masa dah time, aku nak main game. haha. bubye.


saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

20110529

Today I Dont Feel Like Doing Anything.

Bismillahirrahmanirrahim :) Assalamualaikum awak semua. Sihat? Mesti semua tengah happy cuti an? Auww, I jealous nyah dengan awak semua. Saya tak dapat pergi mana-mana pun. Whahaha, memang tak dapat pergi mana-mana pun. Saya nak pergi rumah kawan saya, Humairah, pun rasanya macam tak boleh. Okay-okay, minggu depan hari Ahad saya nak pergi rumah awak yew, sayang. I will. Rindu kod nak jumpa awak. Macam-macam nak cerita. 

Yea, Arissa ajak saya pergi ikut dia dengan kumpulan dia pergi buat Program Khidmat Masyarakat hari Khamis nie. Yayaya, saya dah tanya mak saya, rupa macam nak bagi saya pergi, tapi. Hari Khamis kod, siapa nak hantar saya? Ouh, awak menyodeh, Ida. Heyy, esok saya cuti. Haha, tak perasan dah cuti. HAHA, cerita nak bohong. Mengada gila. HAHA. Dah gila kod, cuti tak dapat pergi mana-mana? Siapa nak hantar aku pergi merayau hari Ahad nie? Kak long? Ouhyeaa, hari Ahad, semua cuti kod. Lalala, masalah mental aku dah datang, awak rasa bahaya tak? Bengong -.-'
Awak, perasan tak saya macam tak betul jeh kali nie? Saya perasan, HAHA. Cakap sorang-sorang macam dekat sini tak ada orang lain nak bercakap. Kan? Whaha, saya tak tahu nak buat apa nie, hari-hari saya buat benda yang sama dekat rumah. Tak ada yang menarik pun. Grrr =.= 


Esok, saya bangun sembahyang Subuh, borak-borak dengan kakak saya, gelak-gelak macam orang gila, bangun, sarapan, sidai baju kalau disuruh, mandi, tunggu mesej-mesej yang dah susah nak dapat semenjak cuti nie, online facebook and blog. Blablabla -,- Pfftt, bosankan rutin harian saya? Aishh, tetiba jeh charger awak rosak yew, sayang? Penat saya hantar mesej. Dah-dah, stop. Bila saya nak stop ber-mental-mental-lan dekat sini?

P/S:
Arissa kata saya dah makan terlalu banyak kerengga, whahaha. Saya memang pelupa sekarang nie. Macam orang tua, umur baru 14 kod.
Chibird, i love you.

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

20110526

Sumbat Semua Sampai Sendat :)

Dan bila esok, kita kan bertemu kembali.. 
Assalamualaikum dan selamat hari khamis malam jumaat :) deyy, minggu lepas aku kata nak tulis blog hari khamis petangkan? rupanya aku dah tertulis blog petang semalam. haha. sorry-sorry-sorry-naega-naega-naega meonjeo nege-nege-nege ppajyeo ppajyeo-ppajyeo beoryeo baby  woahh, langsung aku tak faham apa yang aku copy and paste nie. okay, kantoi disitu :)
Masihkah ada ruang di dalam hati kita? 
tadi time peperiksaan seni visual kertas dua kan, kan, kan, saya nampak orang. ouhyea, orang sedang borak-borak. okay, fullstop. saya tak nak cerita pasal nie lagi. susah nak fikir, nak ingat, nak lupa, nak tafsir, nak percaya, nak kata, nak ungkap, nak nak nak entah? :D saya suka nampak mereka berdua. okay, bila nak berhenti?
hawaii ja? Malaysia? ;)
Bila rindu, terkenang wajahmu sayang, terasa sayu. 
nyah, lepas nie rindulah aku dekat budak-budak kelas kan? ahha, poyo habis. cuti dua minggu kod beb. apa aku nak buat selama dua minggu? rasa macam nak mintak homework dari cikgu-cikgu-chikugunya. deyy, tak pasal-pasal budak-budak kelas bagi aku penyepak. cuti memang tak boleh nak pergi mana-manalah nie, tahu sangat. abah+kaklong+kakngah semua kerja. aku duduk rumah tak ada kerja.
Syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam, jauh terbang diriku melayang. 
aku memang suka buat benda bodoh, kan? tak payah tanya, aku ngaku sendiri. aku selalu buat perkara yang tak mendatangkan manfaat, faedah. ouhyea, antara bukti-buktinya ialah, aku suka fikir sesuatu sampai buat diri aku risaukan benda tu balik. selain itu, aku suka fikir benda-benda negative dulu sebelum fikir yang positive. di samping itu, aku lebih suka diam-diam dulu sampai orang pun naik angin tengok aku mengada tak bercakap. okay, itu jarang berlaku sebab aku susah nak diam. akhir sekali, aku suka memekak-mekak menyanyi lagu + bercerita cerita yang tah apa-apa sampai kadang-kadang orang rasa nak sumbat mulut aku dengan kasut, sebagai contoh Tasha nak sumbat mulut aku dengan kasut Nina, kenapa Nina? 

P/S:
saya cemburu rabun. kena pakai cermin mata lepas ini. apa makna sumbat semua sampai sendat? mengong -____-

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

20110525

Ohhoyy, exam dah habis.

Assalamualaikum and happy Wednesday :)
We're Just Trying To Find Some Colors In This Black And White World 


deyy, nak cakap nie. exam teras sudah habis. hee :) esok tinggal Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Seni Visual sahajalah awak. happy ouh. walaupun result sedikit hantu, lantaklah kan? saya dah buat, dah hitamkan dekat kertas OMR, dah tulis karangan berlambak-lambak dan saya dah jawab sebanyak mana yang saya ingat. so, fikir apa lagi kan, tawakal jeh lah :'D
weyh, sungguh, saya kecewa dengan result english saya. haha. paper two dah okay dah sebab sir kata markah saya okay, hehe. unfortunately, paper one saya banyak-banyak-banyak salah :') haha. mengapakah? saya dilahirkan tak geti englishkah? haha. aneh-aneh-aneh =,='


buat masa ini, saya baru dapat tiga subject. ouh yea, dua A satu B :') sedih lagi. hehe. apa daa, yang A pun, atas pagar-besi jeh. hurm, yang B mestilah sejarah kan? 72, hehe. Alhamdulillah tak dapat C. ngehngehngeh :D
nahh! hari tu saya ada cakap soalan 43 sampai 51 saya jawab semua D kan? yea, Alhamdulillah lagi, sebab semua betul except soalan 46, B :) tak peh lah kan? hehe. A from Science and Geografi. dapat result science tadi, saya macam orang gila menjerit dengan Lisa. hehe, kelakar ouh.
HAHA, saya tak tahu kenapa happy semacam hari ini. haha. saya memang aneh. result macam gini punya teruk boleh happy. heh, weird -__-'
nyah, saya nak 3B jeh boleh tak? tolong, please sangat-sangat. haha. 


P/S:
eyh, tetiba jeh dia nie taw. awak yang ngade buat saya jelez, tapi saya tak jelez pun. awak yang merajuk. MENGADE! hehe :') saya, awak? aku bahasakan 'saya' sepanjang entry, hari nie aku memang aneh >,< before saya terlupa, Happy Birthday to my sistaa, Nur Izzati Zafirah Binti Zainal, mengakulah anda sudah tua, dan my beloved teacher, Cikgu Azizah :)

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

20110522

Say It Again For Me ♥

Have I heard words as beautiful as when you say my name 
ohhoyy, suka tak kalau orang panggil nama penuh kau? BANGGA kod. ahaha :)
first time weyh, and yea. saya tawu awak marah saya, sebab tuh panggil name saye pun penuh-penuh gitu, kan? :P 
handsome woah andy (:
ey, semalam aku tengok toy story III :) hee, best ouh. erk, apa-apa? baca buku? laa, isnin nie mathematic jeh, kerja mudah. tambah-tolak-darab-bahagi. ouhh yea, dan Kemahiran Hidup. BAPAK GILA BERLAGAK! haha. annoying doe, dak ida nie. hampehh =,='


aku pun menyampah dengar ayat aku tuh. haha. bengong. yayaya, malam tadi aku dah buat 60 soalan mathematic dan pagi td tambah lagi 20 :) berlagak lagi! haha. okay lah kan? Kemahiran Hidup? macam mana nak study KH yaw? baca buku jeh pun, tak naik-naik jugak markah aku. buat latihan? sama jugak, sampai exam aku dah keliru-keliru. haha. aneh betul aku nie -___-

doakanlah yang terbaik untuk aku dan kawan-kawan aku eh? aku tahu, semua orang dalam EXAM FEVER sekarang ni. aku buka blog tuh, cakap pasal exam. blog ni pun sama. so, semua cerita pasal exam. aku pun nak cerita gak. ahhha, cecita-cecite! (:
copp, abang zuzu ku. haha. nama penuh Zuhairi. hehe. nak ajar sejarah yea? okay! akan ku tunggu abg datang sekolah then ajar kitorang mcm mana nak ingat okay? bulan tujuh eayy? okay-okay, orang ingat nie (:


deyy, sekolah rendah aku hantar budak main squash. ouh really? best weyh. rugi lah time aku dulu-dulu tak ada. ish, ngade betul taw! =='
good luck awak-awak semua! :)
P/S:
erk, okay. punyalah lama. dah sampai enam jam. still marah aku lagi. HAHA. lantak lah deyhh. sorry sayangg :'D akan tulis menulis tertulis ditulis bertulis blog ni pada petang hari khamis okay? i janji you. auww, haha. menggoda tak? :) Good Luck untuk kawan-kawan yang nak exam, baru nak ambik exam, dah habis exam pun okay lah en? hehe ;p


saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

20110520

Exam, Kau Ratu Hatiku.

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia :) anda sihat? saya sihat. dah makan? saya dah makan. dah solat? saya dah solat. dah baca? saya belum habis tulis lagi. HOHOHO, masalah yang sukar dibaikpulih. so, harap anda semua faham.


okay, kalau sebelum ini aku buat lagu macam ini dekat kawan-kawan aku. 
 Nina, Nina, engkaulah jantung pisangku.
 Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu.
eyy, Nina jadi model. hehe. tapi, sekarang aku nak tukar. ehem-ehem. 
Exam, Exam, engkaulah buah pinggangku.
Bila ku berduka, engkau muncul selalu.
ohhooyy, payah meyhh. hurm, susahlah aku nak naik pentas lagi lepas ini. ahaha. rasa macam misi kedua dah musnah jeh :( habis semua aku tibai-roti-canai jeh. haiyaa. aku pun tak tahu asal. ngehngehngeh XD
kau bayangkan, aku tak boleh nak jawab soalan sejarah. then, aku yakin gila lah kan jawab semua soalan D. agagagaga. aku dah tak tahu nak jawab apa dah. dari soalan 43-51 aku jawab D :) kesian dekat aku kan? HAHA! dan dengan yakinnya, aku akan dapat C. hee :')


hari ini aku jawab science. semua yang aku baca keluar. kecuali bab monocotyledon and blahblahblah. ohhoyy, lupa dol. aku boleh jawab, cuma tak sure. haishh. hancur lah kan?
^____________________^


isnin minggu depan, mathematics =,='


P/S:
kakak aku gelak sorang-sorang. okay, aku rasa seram >,<' nie lah padah tengok cerita korea. nasihat, sebelum semua orang jadi macam kakak aku, baik semua orang berhenti tengok cerita korea. ahaha, gurau-gurau jeh. selamat malam semua! *berjangkit perangai dak amir, belum malam dah cakap selamat malam. aneh T_____T

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

20110514

"Saya dak tak cukup duit, pakcek."

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. haha. aku tak tahu nak ucap selamat apa lagi dah dekat kauorangsemua :)


seronok ke biarkan seseorang tuh tertunggu-tunggu? ouhh, sungguh hatiku memberontak dan berkata TIDAK. yea, aku akan kata tidak bila itulah yang berlaku pada diri aku. ahha, Tired Of Waiting 2pm :') penat kud menunggu orang. aishh -___- Im sorry :|

hoyy, tadi kan aku dengan budak-budak kelas pergi study. pagi tuh kak long hantar macam biasalah kan. dalam kereta ambiklah duit syiling. dengan yakinnya aku ambik 50 sen sekeping, 10 sen sekeping. ukeyy, aku yakin. masukkan duit syiling tuh dalam beg :)
balik study tuh, pergi kedai depan sekolah dengan sabun and agu. belilah gula-gula sampai seringgit an? macam orang gilos pilih-pilih gula. habis dah duit aku, cukup-cukup nak balik jeh. lepastuh lepak-lepak kejap dengan afwan, emir, hafiz, hazim, haziq, agu, sabun. yea, cerita-cerita. then, nak balik dah. turun AG dengan sabun sampai kedai mak dia. aku balik sorang-sorang tunggu bas.


nampak bas, aku pun naiklah. check-check duit aku. ada seringgit, 10 sen sekeping dann 20 sen sekeping. HOYY, tak cukup doe. seram sejuk kaki aku. haha. mati-mati aku ingat, aku ambik duit 50 sen dalam kereta tadi. dah lah beg duit dalam beg sekolah yang lagi satu tuh. eee, menyesal pulak aku beli gula-gula banyak sangat tadi. macam mana nak balik?
so, dengan muka tak malunya aku bagitahu jeh pakcik driver bas tuh.
"alaa pakcik, duit tak cukuplah. lagi 30 sen. huhu." *pekkkkkkk! mana nak tutup muka aku nie weyhh? malu-malu. huhu. rasa nak terjun bas jeh. huwarghh~ 
malu den nyahh -_____-' pakcik tuh cakap macam nie, "dah tahu nak jalan, bawaklah duit banyak-banyak!"
mak, sumpah aku malu! ):


rasa nak call kak long jeh, suruh ambik aku time tuh jugak. aishhh :P malu weyh, malu! haha. tak nak aku naik bas pakcik tuh lagik! [:


P/S:
oit, ida. lain kali bawak duit banyak-banyak sikit. haha. buat malu kaum jeh :P rasa macam nak suruh pakcik tuh amik jam tangan aku yang dah mampus tuh jeh. ahaha, mana tawu nilai jam yang dah mampus battery tuh sama dengan 30 sen yang tak cukup lagi tuh. rugi besar pakcik tuh, 30 sen kod :P

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

20110510

Long Long Ago ..

once upon a time Pictures, Images and Photos
Once upon a time 
Assalamualaikum dan selamat satu Malaysia. ouh, skema sungguh aku hari nie. weyh weyh. happylah. hee :) jangan tanya aku kenapa, panjang ahh jawapan. rasa macam nak senyum jeh sampai orang ingat aku gila. lalala (:

eay, malam tadi. aku cakap dengan abah aku. ehem --- meyh aku nak bercerita dekat kauorangsemua ;p
 Ida: Abahhhh, belikan ida lagi dua folio? ^__^ 
 Abah: Folio-folio-folio! Abah lepukkk kang, berfolio-folio muka kau! =.='
 Ida: Heeeee~ nie hahh, folio science dengan folio sivik punya tak ada lagi.   semalam punya tuh untuk PJK.
 Abah: Huh!
bapekk lah, mula-mula macam seram lah kan nak mintak abah belikan. lagi-lagi abah dah melenting nak lepuk aku sampai muka aku berfolio-folio. HAHA. aku dah tak boleh buat apa dah, sengih jeh laa kan sampai abah aku bertindak-balas positive :)
sambil tunggu abah balik tuh, aku pun online dan membuat ulangkaji di Facebook.

ouh, okay! dengar bunyi orang tutup pintu kereta. oiyeahh, abah dah balik! dan, dan, dan, dan. aku bukak pintu nak sambut ketibaan Yang Berhormat dan Yang Dihormati dan Yang Disayangi, abah Zainal Bin Zakaria sudah pulang ke rumah. HAHA ;p
 Abah: Nahh! folio macam nie kan?
 Ida: Haaa :) okay-okay. Mekaseh abah ^^
bukak jeh plastik tuh, aku nampak cover depan folio tuh ada gambar Snow White, Cinderella, Princess yang Sleeping Beauty tuh, Jasmine, dan pelbagai lagi watak-watak kartun disney T____T last aku guna folio macam tuh masa aku darjah tiga =.= rasa macam berada dialam sekolah rendah balik. main action-action dengan kawan-kawan yang aku ada front page untuk folio gambar princess-princess bagai nihh (:
hurm, aku tak nak bukak mulut, sebelum abah aku melenting lagi sekali. baik aku SHUT UP!
P/S:
amir nak balik! amir nak balik! ahaha. bengong sudah >,<

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

20110509

Do You Believe It?

You're the best thing that's ever been mine 
Assalamualaikum and selamat minggu peperiksaan. haha. teruk betul aku nie taw. buat semua orang rasa tak tentu arah jeh, termasuklah aku. erk, okay. aku baru start study and buat-buat hafal nota science and sejarah. ehh, kauorangsemua ada tanya aku ke? tak peh, saje nak berlagak setakat study dua subjek jeh :)


A friend is someone who understands your past, believes in your future, and accepts you just the way you are 
ohhooyy, pastikah awak? pastikah saya? apa yang pasti? sebenarnya, aku pun tak tahu lah kan. rasa macam tak berguna langsung jadi kawan kau. bukan aku menyesal lah. cuba faham ayat aku tuh, 'tak berguna langsung'. aku macam menyusahkan kau jeh. masalah aku semua aku bagi dekat kau sebab kita kata, sharing is caring. masalah kau, kau tanggung seorang-seorang. tak gunalah kan aku jadi kawan kau? KEJAM. aku lah kejam, bukan kau. kau kejam sikit jeh. sebab apa? sebab langsung tak nak bagi aku peluang nak fahamkan keadaan kau sekarang. 
life quote Pictures, Images and Photos
ouh yeah, aku dapat rasa nie semua salah aku. memang serious habis. salah aku! aku macam dah tak peduli dekat kau. kan? kalau aku dapat rasalah kan apa yang aku rasa sekarang nie, tak kan kau tak dapat rasa? tipulah kan. hurm, sedih gila kod bila ada dalam keadaan macam nie. kalau jumpa, macam jumpa dengan orang lain. macam tak pernah kenal. tak tegur. yayaya, mesti dalam hati kau, kau cakap, "aku lagi sedih bila kau buat aku macam nie". erk, dan aku akan cakap, "aku sedih bila aku buat macam nie dekat kau, kau buat aku macam nie".


deyy, macam labu-labi dah ayat aku. berbelit-putar-belit. eyy, apa salah labu dan labi tu? aneh T_____T


P/S:
best ouhh lepak rumah tasha hari tuh, penat menjadi actress terbaik dekat rumah dia. ahha, hari tu time drama tak dapat, dekat rumah tasha pun jadilah kan? hehe. main-main rambut. auww, akan kurindui saat itu. woah! ida-ida, dah pandai berpuitis ^^
erk, risaulah. jauhkanlah benda-benda negative yang aku fikir dalam kepala otak aku nie, haiyaa, pening-pening. IMY 




saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

20110504

*Sigh =.=' Macam-macam Jadi :')

HoyyHeyy, Assalamualaikum and selamat hari rabu malam jumaat. erk, okay. baca lagi sekali eah? selamat hari rabu malam khamis :) tak sabar weyhh nak hari jumaat. grrrr =.= letih sangat. macam nak skip hari khamis pun ada. 
okay, whole day duduk dalam dewan sekolah. letih tawu tak? dah tak larat nak gelak-gelak. spoil betul. tiba-tiba aku rasa macam urat saraf wayar peti suara aku untuk gelak dah putus, hilang. hilang segala mood -__-


yaa, duduk dalam dewan sebab apa? rehearsel for drama rumplestiltskin. nampak tak? meyhh aku capital letter kan semua huruf, RUMPLESTILTKIN. okay, petang tu about 2.30 kitorang semua dah ready nak buat drama.
malam tadi, aku dapat message from my director Enchik Haziqah suruh aku cari sound effect and background untuk drama. ouh okay, sangat kebuntuan idea selama nie. so, malam sebelum pementasan baru nak carik. heh. carik-punya-carik then, jumpalah kan? Enchik Haziqah suruh simpan dalam pendrive and bawak pergi sekolah hari nie. okay, arahan dituruti makchek haziqah!
masa try pendrive haziqah and aku dekat laptop Sir Zaini, semua tak boleh nak main. semua tak keluar. senang cerita, pendrive aku and haziqah tak boleh bukak dekat laptop cikgu. masa tu aku dah bengang dah. penat kod semalam carik sound effect tuh sampai tak mandi-mandi. ish. makk sedih nyah :(
pendrive tak boleh bukak. semua sound effect tak boleh main T___T
botol air aku pecah weyhh, hurmm ==' semua tak nak ngaku siapa yang buat. lantak kau. aku bagitahu abah aku. huhu :P
dehidrasi sampai aku tak bercakap sepanjang perjalanan balik rumah, GILA! kakak aku KEJAM! botol air aku pecah weyh, aku TAK ADA AIR! :'(
aku dah kata aku penat, kenapa tak paham-paham? call lah kak long woyy, dia ada kat rumah tuh, suruh lah ambik kita kat sekolah nie hah! nak sangat menderma duit kau dekat pakcik MARA tuh. elok-elok tak payah membazir, nak jugak! aishhhhh =.='
P/S:
jadual ape weyy esok? minggu depan exam, rasa macam tak sedar diri jeh kau nie ida! derr, mood tak baik lah hari nie. sorry tak layan tadi. serious rasa macam nak hempuk kau sampai paham jeh yang aku penat tadi :(

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

20110502

You Make Me Wanna Say "I Do"

Taylor Swift Pictures, Images and Photos
heyy, i just fall in love with I DO :)
walaweyhh, tetiba minat dekat Colbie Caillat.
lagi-lagi dekat lagu dye yang I Do dengan Break Through.

kan kan? dah dengar? best kan kan? hehe. over excited.
I dont know where to start or what to say to you,

I've been all alone needing you by my side,

But its not too late,

Maybe we just need time.
nyah, ayat macam sedih jeh kan? ahaha. yang tuhh lagu Break Through :')

best laa weyh. minat gilos. try lah dengar.

Love story taylor swift Pictures, Images and Photos
P/S:
deyy, Colbie Caillat tuh yang nie. eheh. terambil gambar taylor swift pulak. hee. comel lah taylor swift. auww :) hoyy, hari nie Phineas and Ferb Marathon kaa? nie tak boley jadi nie. rasa macam tak nak bangun duduk depan TV jeh :P Exam Mid Year dah dekat woyyhh. Study :)



saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

 

♥ Best view with Google Chrome. ♥