20110922

Call Him Everydayy ♥

Assalamualaikum and Bismillahirrahmanirrahim :) sawadekap (cara cakap ala-ala minah thai) haha. aku orang melayu lah. hee.
Stop acting like you know everything lah sayang (: you dont know what's happening now :'>


Yeah, seriously. awak pernah kecewa tak? mesti pernah kan. kau pernah menangis tak? wajiblah pernah. darla  , sila switch kan pemikiran awak tentang kecewa dengan cinta, menangis kerana cinta antara lelaki atau perempuan yang cuma manusia biasa :] pernah kecewa dengan Allah tak? percayalah sayang, Allah tak akan pernah mengecewakan hamba-hambaNya.


Kadang-kadang Allah sengaja berikan kita sedikit kesusahan supaya kita sendiri akan dekat dengan Dia. supaya kita cari Dia. kalau hidup tak ada kesusahan, tak ada masalah, macam mana awak semua boleh hidup lagi sekarang? remember, apa yang awak semua ada hari nie hanyalah sementara. semuanya milik Allah.
Darl  , tak salah kalau menangis kerana masalah yang kadang-kadang boleh hadir tanpa kita duga. tapi, hadapilah dengan cara yang betul :) Alhamdulillah, sekarang nie kalau aku sendiri ada probs, aku tak bagitahu orang lain. aku lagi suka rileks dahulu then dengan sendirinya perasaan resah and gelisah tuh hilang. kalau nak dibandingkan dengan dulu, asyik nak menangis jeh. hihi. teruk kan? :') everyone want to change to be a better one.


Kalau kita ada masalah, siapa yang paling sesuai untuk kita adukan, Allah :) time nie lah, kita akan cari Allah. time nie kita akan berdoa kepada Allah untuk memohon kemaafan, kesenangan, kemudahan and so on. Bila masa kita nak berdoa? selepas kita solatlah. lepas kita solat, kita akan berdoa kan? rugilah siapa-siapa yang tak berdoa lepas solat. SOMBONG :) Allah bagi kita peluang untuk berdoa, untuk mengadukan masalah, untuk panjatkan kesyukuran, tapi kita tak nak. rugi lah.
Jangan sombong, kita kena selalu menghubungi Allah. selalu call, selalu contact :) Ustaz Wan cakap, kalau kita nak contact dengan Allah, kita boleh call 24434  tahu kan makna dye? aku masa standard 1 ustazah aku dah bagitahu :) kita kena selalu sembahyang. nombor dua untuk solat subuh, iaitu 2 rakaat. nombor 4 merupakan solat zohor, asar, isyak iaitu 4 rakaat. dan nombor 3 merupakan solat maghrib iaitu 3 rakaat. kalau nak lagi close, amalkan solat-solat sunat :) baca al-Quran.
Sayang, kalau doa kita tak termakbul sekarang, percayalah kita akan mendapat pahala yang lagi banyak sebab kita selalu berdoa kepada Allah. kita selalu ingat dan mengharapkan kebaikan dari Allah. Allah tak akan pernah mengecewakan hambaNya. nasihat kepada diri aku jugak :)


P/S:
facebook dah baru? biarlah. tak payah nak maki-maki mark zukerberg tu. teknologi dah moden, zaman dah berubah. apa salahnya facebook pun nak bertukar jadi baru. hee. nanti lama-lama korang akan biasa jugak. aku tengok okay jea :)

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

2 comments:

alexa yussida said...

Allah sntiasa ade n kita pon kena fair jugak..tak boleh ingat
Dia waktu ssh2 je :)

fb makin unsecure so better to slow down :)

Saiyidah Zainal said...

alexa : yup, :) hee, bila susah baru nak carik pun tak boley. thanks.

 

♥ Best view with Google Chrome. ♥