Abah (pt 4)
Assalamualaikum. Sedekahkan bacaan al-fatihah to my abah, esok genap seminggu selepas abah tinggalkan ida, tinggalkan dunia ni.
Abah, ada banyak benda yang belum lagi ida dapat tunaikan untuk abah. Ada banyak lagi perkara yang ida nak ceritakan. Ida rindu abah, tapi apakan daya, rindu kali ni tak dapat disampaikan dengan peluk dan cium lagi.
Right after I posted the last entry on my blog, that night, kak long inform kami adik-beradik yang abah sakit sangat. Abah sakit perut yang teramat sangat. Dalam jam 10.55pm, abah dibawa ke emergency untuk x-ray bahagian perut abah. Doktor inform, perut abah banyak angin dan CT scan akan dibuat secepat mungkin.
Tapi..
Abah tak tahan sangat, abah minta doktor operate abah segera. Tapi risiko sangat tinggi. Paru-paru abah cuma tinggal sebelah je yang berfungsi atas faktor kanser abah, so procedure intubation sangat imposible untuk dibuat dengan keadaan abah macam tu.
Masa ida sampai je dekat ward pukul 12am tu, ida terus peluk abah. Takut. Takut sangat kehilangan abah. Doktor pakar bius panggil kami semua untuk inform keadaan semasa abah. Doktor inform.. operation memang tak boleh dibuat. Doktor diagnosed keadaan abah as 'Perforated Gastric Ulcer'. Perut abah dah bocor.
Ida, kakak-kakak, dan mak menangis saja sepanjang waktu doktor inform tu. Macam-macam soalan ada dalam kepala, tapi tak terluah nak tanya doktor. Nasib ada mak dan kakak-kakak yang tanyakan soalan macam...
"apa punca perut abah bocor, doktor?"
"kemungkinan daripada tekanan/stress yang melampau, perut terlalu acidic"
"sekarang ni apa yang abah saya boleh buat?"
"kami boleh bagi pakcik ambil ubat tahan sakit saja"
"berapa lama abah saya boleh bertahan dengan ubat tu?"
"mungkin 1 atau 2 hari, mungkin juga 1 atau 2 minggu."
"..."
"tapi kami minta jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi"
"faham doktor"
Dah takda apa yang dapat ida buat masa ni abah. Ida taknak dah dengar apa yang doktor cakap lagi. Ida terus masuk balik ward abah, terus peluk dan nangis di bahu abah. Kesian abah.. kenapa abah? Kenapa abah yang kena lalui semua ni?
Abah mintak untuk peluk semua anak-anak abah, untuk peluk isteri tercinta abah. Satu-satu datang salam dan mintak ampun dengan abah. Masa ni.... ida rasa dunia ida sangat gelap. Abah menahan sakit. Berpeluh-peluh dahi abah, tapi abah boleh terus senyum and lambai-lambai tangan menandakan abah reda kalau abah pergi pagi tu juga.
Ida tetap marah abah mintak abah jangan fikir bukan-bukan.
Abah banyak kali tegakkan badan dan duduk tanda tak selesa menahan sakit. Abah boleh minum air zam-zam satu cawan, abah pegang sendiri cawan tu. Abah tak guna straw pun. Kemudian abah baring semula. Abah mintak ida bacakan yassin. Abah mintak semua orang bacakan yassin untuk abah. Masa tu ida cakap "dah abah, ida baca dah tadi" sambil menangis-nangis. Tak faham kenapa abah nak mintak bacakan yassin. Ida nampak abah kuat sangat. Nampak abah macam hari-hari yang sebelumnya.
Tapi ida terus bacakan yassin dekat telinga abah. Abah dekatkan telinga and bahu abah ke arah ida, maybe untuk dengar dengan lebih jelas. Abah mencungap-cungap. Abah masih guna 15 LPM oxygen masa ni.
Abah berulang kali mintak kami peluk abah. Bergilir-gilir ida, kakak-kakak, dan mak datang peluk abah. Kami mengucap dua kalimah syahadah di telinga abah berulang-ulang kali. Abah angkat satu jari, abah pun menyebut jelas dua kalimah syahadah.
Bila abah dah mula nampak tenang, doktor datang bawak satu device which this device akan tambah dose ubat tahan sakit once abah tekan satu button. Doktor pesan dekat abah, kalau abah rasa sakit sangat, boleh tekan button tu. Abah angguk faham je. Kami teruskan mengaji dan baca bacaan yassin untuk abah.
Around 2.55am, kami nampak abah semakin bertenang. Kami assume abah dah kurang rasa sakit perut. Kak ngah mintak izin nak rehat sekejap dekat surau sebab kepala dia sakit sangat. Ida temankan kak ngah. Sebelum pergi surau, ida salam cium tangan abah. Dalam 3.20am, wany call kak ngah. Ida pun terjaga dari tidur ida. Wany bagitahu abah dah takda respond.
Ida dengan kak ngah masing-masing turun ke ward semula. Sampai je dekat katil abah, kakak-kakak yang lain tengah menangis sambil menyebut-nyebut kalimah Allah berulang kali dekat telinga abah. Ya Allah terhenti rasa jantung waktu tu. Ida cuba genggam tangan abah, abah dah tak balas balik, abah tak genggam semula seperti biasa. Yang jelas hanya peluh-peluh jernih di dahi, dan nafas pendek dan lembut kedengaran.
Allahuakbar
Abah..
Masa ni... abah memang dah nazak. Ida rasa nak meraung. Kak long titiskan air zam-zam dekat bibir dan dalam mulut abah, pada mulanya abah tak respond juga. Tapi untuk yang terakhir kalinya, abah genggam tangan ida kuat, abah telam air zam-zam yang kak long titiskan tadi, kemudian nafas pendek abah pun terhenti. Ida mintak abah jangan pergi, tapi Izzati ingatkan ida, kita kena reda.. Kesian abah....
Lembut sangat cara pemergian abah. Abah baring, macam abah tidur je. Abah boleh tersenyum dan melambai-lambai tangan. Abah dapat peluk anak-anak dan isteri. Abah boleh angkat satu jari abah dan mengucap dua kalimah syahadah. Seolah-olah abah dah prepare untuk semua ni. 4.04am 1 Rabiulawal 1445H bersamaan 17 September 2023, pada usia 63 tahun, Allah ambil abah. Cukup sehingga saat itu, Allah pinjamkan abah untuk ida.
Doktor sahkan abah meninggal kerana perut abah yang bocor, bukan kerana kanser paru-paru yang abah lawan selama ni. Allahuakbar.
Sukar nak terima kenyataan ni abah. Ida sedih, ida rasa macam abah masih ada. Tapi untuk memujuk hati, kawan-kawan baik abah ada beritahu, kematian abah ni dalam keadaan husnul khatimah. Hadis-hadis juga menyatakan orang yang kematian kerana masalah di dalam perut juga tidak akan dikenakan azab di dalam kubur. Subhanallah wa Masyaallah, mudah-mudahan. Semoga syurga buat abah yang ida cintai dan sayangi.
Terima kasih abah untuk segalanya. Terima kasih kerana kuat untuk segala hal. Abah yang ida sayangi yang ida kenali memang sukar nak tunjukkan dia sakit, abah sentiasa kuat untuk keluarga kecil abah. Ida sayang abah dunia dan akhirat. Ida rindukan abah. Semoga kita dapat berjumpa kembali nanti, ida dan yang lain-lain pun akan menyusul ikut abah.
Comments