A Short Note From Me :)

Assalamualaikum. Hello peeps :D
Allah, I do everything, I think about You.

♥ Cinta kepada Allah [Mahabbatullah]
"Eh cinta kepada Allah tu macam mana?" "Macam mana rasa Allah sayang kita?" Banyaknya persoalan. Simple. Umpamakan nak tanam cinta pada Allah tu macam nak tanam pokok. Bermula dari pokok yang kecil. Kita tanam, siram, jaga, baja dengan penuh kesabaran. Hari ke hari, pokok akan mula membesar perlahan-lahan. Bila pokok dah besar, dia akan beri banyak manfaat. Jaga elok-elok even dah besar. Istiqomah. Bila kita buat ibadat-ibadat wajib, itu menandakan kita sayang Allah. Bila kita buat ibadat sunat, itulah yang menandakan Allah sayang kita.
♥ Cinta kepada Rasulullah
Banyak. Banyak mana? Susaaaaaaah nak terangkan. TERLALU banyak. Even sampaikan penghujung nyawa Baginda still ingat kat umat dia. Siapa? "Kita semua" Macam mana dengan kita? Sampai mana? Nak sayang Nabi ni senang je. Selawat banyak-banyak. Amalkan sunnah-sunnah yang Baginda amalkan. Note to myself.

♥ Cinta kepada sahabat Rasulullah.
Contoh? Saidina Abu Bakar, Saidina Ali dan ramai lagi. Mereka setia bersama Rasulullah even mereka tahu mereka tak selamat macam Saidina Ali yang menggantikan tempat tidur Rasulullah sedangkan rumah Baginda dikepung oleh orang musyrikin Mekah pada masa tu. Khalid Al-Walid panglima perang yang hebat menggoncang dunia dengan mengalahkan ketenteraan Rom. Semuanya berkorban dan berjuang untuk menegakkan agama Allah. Sayang dan cinta mereka kerana Allah SWT. Macam mana? Dengan menghormati pengorbanan sahabat-sahabat, mencontohi sifat mulia depa :)
♥ Cinta kepada kitab Allah [Al Quran]
Banyakkan membaca Al Quran, membaca terjemahan agar dapat mendalami apa yang dibaca. Lagi-lagi bulan puasa ni, amalan sunat akan disamakan pahalanya dengan amal ibadat yang wajib. Manakala yang wajib dilipatkaligandakan. Next, istiqomah dalam diri supaya amal ibadat kita ni berkekalan. InsyaAllah.

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air yang sejuk."
- Hadith Hassan Riwayat Tarmidzi-

P/S:
Update blog dekat PSP. Nasib tak kantoi :p Tak sabar nak raya ~(^O^)~

Comments

Tengkubutang said…
Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 578
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/