Talking about books..

Hai assalamualaikum semua! How are you guys today? Hopefully semua sihat belaka deh :)

Semalam saya kemas buku-buku yang ada dalam our old luggage dekat bilik belakang. To be honest, bilik belakang tu sangatlah kecil and dah terlalu semak dengan barang-barang yang terasa sayang nak buang. Heh waktu mengemas ni memang selalu rasa 'eh ni nak guna lagi' 'eh yang ni sayang lah nak buang' 'eh yang ni banyak sentimental value taw!' dan pelbagai lagi jenis 'eh' yang timbul.

Makan masa seminggu juga sebelum tidur terfikirkan nasib buku-buku dan barang-barang yang bakal dibuang/dipindah hak milik nanti. Even last night lepas dah sorted out buku-buku yang masih nak simpan dan jual pun masih terasa sedih. Hahaha punyalah sayang.

Bercakap tentang buku..
I started to have my own books since I was 9 years old. Buku cerita lah. I still remember the story line of that book. Pasal ibu ayam dan musang. But that was an English book. When I said 'to have my own book', what I'm trying to say is buku tu adalah buku pertama yang saya nak dan saya mintak mak saya belikan. Buku tu nipis je, dalam 10-15 helai muka surat je kut? Buku berilustrasi dan berwarna. Saya pun dah lupa kenapa saya mintak mak saya belikan buku cerita macam tu. Hehe mungkin sebab my English teacher pesan kut, kalau nak pandai dalam Bahasa Inggeris, kena rajin membaca buku berbahasa Inggeris.

Saya minat juga membaca novel kanak-kanak, contohnya novel Aku Mahu Popular karya Ain Maisarah. Rasanya tu buku pertama daripada penulisan Ain Maisarah yang saya baca. Buku tu kakak saya pinjam dari kawan dia, and kitorang baca sama-sama dekat rumah. Then saya berjinak-jinak minat membaca novel kanak-kanak macam tu juga. Kalau singgah tesco dan lalu dekat Popular Bookstore, mesti saya ajak abah, mak & kakak-kakak singgah. Sebab saya nak cari buku saya! 

Novel dewasa pun saya minat juga baca. Antara novel yang saya ingat saya baca masa sekolah rendah ialah novel penulisan Ramlee Awang Murshid bertajuk Ungu Karmila. Novel ni baca meremang-remang bulu roma haha. Dia ala-ala misteri dan of course, Ramlee Awang Murshid punya novel yang mana je tak misteri? Haha! Novel cinta pun ada baca, tapi tak ingat dah tajuk-tajuk. Masa mengemas malam tadi, dah tak jumpa dah novel-novel tu semua. Mungkin dah dibuang/diberi orang lain kut.

Pagi tadi dah start blasting around the price and name of books yang saya nak jual. Boleh kata saya nak jual secondhand books lah. Tapi tak rupa secondhand pun. Masih cantik. Tapi setakat ni belum ada orang yang berkenan nak beli. Hehe tak rasa apa pun, cuma terkesan sedikit. Saya rasa mungkin ramai orang dah tak minat membaca buku-buku/novel kanak-kanak macam 10-15 tahun yang lalu sebab peredaran zaman membuatkan citarasa masing-masing berubah.

Zaman sekarang ni, sumber bacaan ada banyak! Boleh cari dari Google, boleh tonton di Youtube, boleh jumpa fakta-fakta menarik dari Facebook, Twitter & Instagram. Semuanya jadi senang sekarang. Betullah kelebihan Internet itu adalah untuk memudahkan kerja manusia! Kalau dulu masa sekolah, penggunaan kamus tu sangatlah penting. Wajib beli kalau kamus yang dulu dah rosak/koyak. Boleh dikatakan saya lima beradik masing-masing ada kamus sendiri hehe. Bukan sebab abah nak beli seorang satu. Tapi sekolah selalu hadiahkan kamus masa Hari Kualiti/Anugerah kepada students. Haih indahnya zaman sekolah. Tapi sekarang kamus pun orang dah kurang gunakan. Sebab kita ada Google untuk bantu kita cari macam-macam perkara.

Personally, saya rasa macam taknak jual/buang pun buku-buku yang ada dekat rumah ni. Kalaulah saya ada bilik yang besar, almari buku yang luas and the most important thing is, kalaulah saya tak perlu fikir nasib buku-buku ni macam sekarang, saya takkan terfikir pun nak menulis macam apa yang saya tengah buat sekarang ni haha. Sesungguhnya buku-buku tu semua bernilai sangat. Dari buku-buku tu saya jadi rajin membaca, saya bersemangat nak berjaya dan sambung belajar di sekolah berasrama, saya pasang cita-cita tinggi nak ke luar negara, belajar erti persahabatan dan macam-macamlah lagi nilai murni yang boleh dapat dengan membaca! Yang paling penting, pemilihan genre buku mestilah sesuai dengan peringkat umur.

Bercakap soal nilai buku..
Dulu masa kecil, atau tak lah berapa kecil pun haha, saya selalu mintak abah belikan buku untuk saya. Kalau tak dapat buku, mesti saya merajuk. (Heh dasar luu ida zaman kecil!) Sampaikan kakak saya selalu marah & paksa saya berjanji untuk habiskan bacaan. Kalau tak, saya takkan dapat buku lagi. Sebab masa tu saya taktahu pun abah saya bukannya ada duit sangat. Bila sekarang ni kakak saya cerita susahnya hidup masa kami semua kecil dulu, saya terkejut saya ada banyak buku-buku yang sebuah pun dah berharga hampir RM20. Sanggup abah belanja buku cerita macam tu untuk saya, mahal pulak tu! (Aduh pengorbanan mak abah kakak-kakak ni buat mata gue berair sekarang ni!)

Sebab tu bila nak buang/jual/beri pada orang lain, terasa sedih sangat. Sebab setiap buku tu ada sentimental valuenya yang tak dapat dibeli kat mana-mana. Terma kenangan tu untuk masa lalu. Masa lalu mana mungkin boleh dikembalikan. Kan? (Nangis lagi) Rasa nak simpan bagi anak cucu cicit. Tapi percayalah, buku-buku macam ni bukan lagi pilihan kanak-kanak zaman akan datang. Mungkin ada ciptaan baru yang lagi hebat dari Internet haha!

So the main thing here is, kalau sampai hujung minggu depan buku-buku yang ada dekat rumah ni takda siapa yang nak, I want to let them go to any places for good. If any of you guys yang tahu mana-mana place/library yang menerima buku lama, do tell me ya! Thank you for spending your precious time here! I never wrote this much on my thesis tapi di sini, hmm!


Comments