How To Handle Your 'Homesick'
Assalamualaikum. Hello peeps :)
You'll never know unless you try. Let's make it work!
Because I knew that me, my friends and some sisters out there still need the help. Makanya, saya ambil keputusan untuk update sesuatu yang bermanfaat kepada yang memerlukan.
Sebelum apa-apa, marilah saya mengimbas semula detik-detik pertama kali duduk 'berdikari' di asrama. (tak tahulah kenapa tapi rasa macam skema sikit malam ni) Masa mula-mula dapat tawaran masuk asrama dulu, memang tak nafikan ada perasaan bercampur baur. Lagi-lagi dapat tawaran dekat Kulim. (Saya stay dekat Melaka) Mak dengan kak long pun ada bagi pilihan dekat saya, nak pergi ke tak Kulim. Tapi saya yang buat keputusan, sebab saya fikir saya nak 'hijrah', nak jumpa kawan baru, nak ada pengalaman baru, makanya keputusan saya PERGI.
Dipendekkan cerita, saya homesick jugak. Homesick tu apa? Homesick tu bukan setakat rindukan emak abah kakak-kakak, malah saya rindu rumah, kucing, toilet, makanan, katil, kipas, peti ais dan seisi rumah. Dan termasuklah rakan-rakan saya dekat Melaka. Boleh dikatakan setiap pagi kalau terbangun, mesti saya terbayang ada dekat rumah. Saya terbayang dengar bunyi suara mak kejut saya, saya terbayang dengar bunyi kuali dan sudip mak berlaga-laga dekat dapur, dak akhirnya saya menangis dalam bilik air. Haha. Seminggu lebih jugak saya jadi macam ni. Setiap malam saya call rumah, kadang-kadang kakak saya call saya. (Untung ada 4 orang kakak, semua rindu saya)
Benda pertama yang saya buat bila jawab call adalah, menangis. Sampai tak bersuara. Mak abah kakak-kakak faham, dan kadang-kadang saya dengar suara kakak saya pun sebak. Haha. Tak tipu. You guys can confirm it with them.
"Ida nak pindah. Bawa Ida balik. Hm."
"Tak fikir susah abah mak cari duit nak hantar Ida ke?"
"..."
"Ida fikir baik-baik. Fikirkan abah dengan mak. Okay?"
Sampaikan kadang-kadang rasa macam taknak jawab call diorang. Sebab tahu nanti dapat jawapan yang sama. Kalau call kakngah lagilah, lagi menangis, sebab kena marah. Haha. Dan sekarang saya tahu makna 'marah tanda sayang'. Tapi akhirnya, mak dengan abah kata boleh pindah. "Ida mohonlah pindah." Memang tak tinggalkan sesaat waktu untuk dibuang, saya cepat-cepat pergi office dan buat rayuan nak tukar maktab. Katanya proses ambil masa yang lama, saya tak kisah dan tekad dengan keputusan saya.
Betullah katanya, haha. Proses rayuan pemindahan maktab ni ambil masa yang lama. Saya dah mula seronok dan 'jatuh cinta' dengan suasana dekat sana. Lagi-lagi ada kawan yang superb sporting. Serius. Tak boleh mention nama kawan yang buat saya berubah fikiran untuk tak jadi pindah, sebab semua pun berjaya buat saya jatuh cinta. Aduh. 'Berubah fikiran'? Ye, saya tak jadi pindah bila office buat announcement waktu petang dekat maktab panggil nama saya. Satu kelas macam pelik. Heh. I bet they dont remember this moment. Tapi saya ingat. Saya pergi office, lepas tu office bagitahu permohonan saya dah berjaya, so perlu respon dari saya sama ada nak teruskan atau tak. Saya jawab tak.
How to handle the homesick:
1. Senyumlah walau hipokrit. Tegurlah seceria mungkin walau nampak hipokrit. Biar nangis waktu malam tapi ceria waktu siang. Haha. Memang waktu nak tidur merupakan waktu paling sayu sekali. Takpe, hadaplah dinding nangis. Jangan tunjuk dekat orang. Tapi make sure waktu siang anda ceria. Macam mana nak ceria?
Berkawan dengan orang yang ceria jugaklah. Tak salah berkawan dengan yang pasif, tapi awaklah kena aktif. Buatlah lawak sikit. Pura-pura gelak. Who knows dia pun terhibur.
2. Shows your interest. Bila ada kawan tengah bercerita, you can add some respond eg: "Wehhh ye lah! Aku pun rasa macam tu!" "Aah. Betul." " Entahlah. Aku tak rasa macam tu" Lepas tu, jangan segan silu jangan teragak-agak untuk kongsi cerita awak pulak. Buat-buat macam ada 'chemistry'. Enjoy lah sikit cerita diorang. Walau kadang-kadang doesnt make sense, awak perlu tahu yang seseorang seronok berkongsi cerita dekat orang yang berminat dengar cerita mereka. And then bila dia ada cerita baru, dia akan looking forward to share it with you. Trust me! You can be jemah anywhere, not just in your home :)
3. Kalau tak segan, you can share your problems with your trusted friend. Ceritalah, macam saya, saya cerita yang saya buat tawaran nak pindah dekat someone, lepastu dia cakap "janganlah tinggalkan aku, aku seronok kawan dengan hang!" Dan siapa sangka dia betul-betul buat saya stay dekat maktab tu sampai graduate. Hm.
4. Ni paling penting. Ingat pengorbanan parents awak. Kalau awak dari keluarga kaya pun, fikirkan susah payah parents awak untuk awak. Saya memang berasal dari keluarga yang bukan senang, makanya saya mungkin cepat sedar yang saya tak boleh buat mak abah saya kecewa. Kos nak hantar saya pun dah beratus-ratus, nak daftarkan saya, nak beli barangan asrama saya, pakaian saya, dan paling penting, jasa dan letih mereka. Saya boleh bagi apa? Saya hanya mampu belajar je. Itu je saya mampu waktu berumur 16 tahun. Tapi kalau awak bagi alasan, "saya dari family berada, keluarga saya banyak duit." tapi awak masih boleh fikir yang terbaikkan? Parents awak dapat duit dari mana? Bekerja kan? Dan kerja itu meletihkan..... Fikirlah.
5. Ikhlas. Ikhlaskan niat. Kalau awak tahu apa yang awak nak, awak akan dapat. Cuma awak kena yakin. Ikhlas dalam persahabatan. Kalau kawan awak perlukan bantuan, awak bantu. Kalau awak ada buat silap, minta maaf.
Sebenarnya yang penting adalah diri kita sendiri. Motivasikan diri. Mind set itu penting. Kalau awak terlalu fikirkan lebihnya rumah, seronoknya rumah, ada mak abah ada kakak ada tv ada internet free dan sebagainya, sampai bila pun awak tak akan move on. Awak perlu enjoy setiap detik yang anda. Memang kadang-kadang benda macam "mak abah sihat tak?" "mak abah okay ke?" kalau betul awak risau, awak call lah mereka setiap hari. Biar orang kata awak lokek, anak mak abah, tapi yang penting awak rasa selamat. Jangan manjakan diri awak. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Setiap apa yang Allah dah atur pasti ada hikmah. Saya bersyukur saya kenal kawan-kawan dari MRSM PDRM Kulim. Dan sesungguhnya pengalaman itu mendewasakan anda.
P/S:
Entry terlebih panjang but at least I try to help. Saya sayang anda, saya harap saya membantu. Maaf andai ada silap kata atau tidak sependapat :)
Comments