Preparation for SPM :)

Bismillah. Salam alayk people :)
Proper preparation prevents poor performance.

Hello (lambai tangan) MasyaAllah lama betul tak menaip dan post entry dekat blog. Malunya bila nak start menaip ni. He he he. Sebenarnya niat dalam hati memang hari-hari kata nak tulis blog, nak update itu nak update ini, tapi tapi tapi, maaflah atas kekurangan diri ini, sikap malas ni perlu dikikis dengan lajunya hmm! (bersemangat waja) Sila ambil kisah ye tentang ini wahai blog-walkers sekalian kahkah :D

Patutnya lah kan, mengikut logik akal mengikut logik tajuk di atas, entry ni sepatutnya saya post betul-betul lepas habis spm hari tu, dan sepatutnya sebelum result keluar hari tu haha tapi haih banyak betul alasan kan.
Firstly, mental preparation sangat penting. Sebab awak akan menempuhi satu ujian yang maha dahsyat. Dahsyat mana? Depends pada awak lah. Mentality awak macam mana; contohnya kalau awak rasa awak lapar, tapi tak ada makanan, awak berfikir cara mana? Cara yang complicated atau cara yang mudah? depends pada persekitaran awak. kalau waktu tu awak terasa rajin, awak boleh masak. tapi kalau waktu tu awak kurang rajin, awak pergi kedai beli terus makan :D Awak nak yang mana? yang mudah atau yang susah? (kenapa saya bagi contoh tentang makanan ye? hm)

Sama macam belajar, lagi-lagi nak tempuhi SPM. SPM ni susah taw, jangan ambil mudah. Serius jangan ambil mudah. Awak jangan fikirkan semuanya susah. Bak kata kawan-kawan saya, "Belajar ni kena enjoy. Jangan fikirkan yang susah sahaja. Cuba mudahkan benda-benda yang susah tu, insyaAllah semua pun kita mampu buat". Maksud di sini bukanlah 'ambil mudah terhadap perkara yang susah' tapi cuba beri kelonggaran sikit, jangan terlalu complicated :)

Secondly, physical preparation juga penting. Kenapa? Sebab awak mesti wajib harus berada dalam keadaan yang sihat sejahtera sewaktu ambil peperiksaan nanti. Tak kiralah SPM, PT3, peperiksaan semester ataupun apa sahaja jenis peperiksaan. Tapi kalau dah kebetulan waktu peperiksaan awak pun tak sihat, kita tak mampu nak ubah takdir eceh :') Orang kata, "lagi dekat tarikh peperiksaan, jangan bersukan dah, fokus fokus!" Saya tak tahu siapa kata, tapi ada orang kata. Tak. Sangat salah. Kita kena bersukan jugak, even buat aktiviti ringan pun boleh, pergi skipping kejap, pergi jogging kejap, dalam 10-15 minit pun okay :) Saya tengok kawan-kawan saya yang bersukan lagi dua-tiga hari nak SPM hari tu, semuanya dapat result cemerlang-cemerlang belaka. Hah siapa kata bersukan boleh hilang fokus? (angkat sebelah kening)
Jaga kesihatan diri baik-baik, dari sekarang pun boleh, kurangkan pengambilan cafein, gula-gula yang kerap dan dalam kuantiti banyak. Kenapa? Caffeine sangat tak baik untuk otak, lagi-lagi yang tak biasa minum, dan secara tiba-tiba terikut nak minum. Nope. Caffeine can cause headache. Sakit sangat. Sakit sampai rasa nak hantuk kepala kat dinding. Eh bukan, sakit sampai nak tidur kononnya bagi kurang sakit, tapi tak boleh kurang tak boleh tidur. Macam ni lah rasa sakit dia. Heh saya dah lalui sakit kepala macam migrain ni, during spm examination, and i cant do anything accept just lying on my bed and crying.

Jangan makan gula-gula banyak sangat, kononnya nak tahan ngantuk dalam kelas, tak payah la. The worst thing I had ever done in my life, makan gula-gula sampai gigi sakit gila lepas tu tak boleh belajar. Ini pun waktu SPM jugak. Hm. For sure saya dah buat rawatan awal kat gigi saya seminggu before spm examination, tapi tak tahu lah, mungkin ini ujian Allah dekat saya, dekat kawan-kawan saya jugak, mereka banyak bantu dan sokong saya waktu saya sakit dalam minggu peperiksaan SPM dulu :') Lagi seminggu saya nak habiskan peperiksaan SPM saya; subjek Physics, Additional Maths, Chemistry, Biology saya kena sakit gigi dan sakit kepala, tak boleh study langsung, saya menangis je, saya baring je. Sooooo, di sini saya nak tegaskanlah, pengambilan gula dan caffeine yang berpatutan sangat PENTING ye wahai kawan-kawan :)

P/S:
Doakanlah saya dapat masuk IPG nanti hihi :')

Comments

tantiknyaaa blog dia hahaha blog kita dah miskin dah oda xD