20131126

Allah uji macam-macam. Sabar.

Assalamualaikum. Hello peeps :)
"Mula-mula memang susah. Allah uji macam-macam. Kuat wei kuat."

Kadang-kadang kita ini tak sedar Allah dah bagi macam-macam dekat kita. Buat keputusan, buat pilihan, even ruang waktu untuk kita memikirkan semua itu pun dikira sebagai nikmat yang Allah bagi. Tapi once Allah uji kita, mulalah memberontak. Sikit pun tak terlintas dalam kepala kita yang Allah uji kita cuma sekali, sedangkan nikmat yang Allah bagi memang tidak ada tolok bandingnya. Deep. Aku alpa.

Waktu Final Sem 2 hari itu, last paper, last day exam dan tiba-tiba sesuatu yang tak pernah aku jangka terjadi. Ya lah, dah 16 tahun hidup sekali pun Allah tak pernah uji aku sebegitu. Leka.
Mathematics modern. Paper 2. Masa dah tamat. Teacher dah kutip. Lega. Dan...


"Saiyidah, circle tadi susah kan?" Irfan said.

Me, "Circle? Yang mana satu ni?"

"Adalah yang itu, itu, itu," He tried to explain.

Cemas gila. Pandang belakang. Suha.

"Suha, maths tadi ada soalan circle ka?"

"Ada! Susah kut."

...

Berlari pergi dekat Pah.

"Pah, soalan circle yang mana satu ni? Cuba lukis sikit." I begged her.

"Yang ini." Sketch sketch sketch.
Gelap. Tiba-tiba aku rasa satu kelas bisu. Aku jadi pekak sekejap. Dan buta. Mata aku gelap. Sesak. Nafas aku tersekat-sekat. Mata aku berair. Rasa tak boleh nak bendung lagi. Cis, hiperbola semua ini.

"Inaaaaaaa!"

Why out of sudden I must shout-out-loud my roomate's name. Ina. Ya lah, aku study pagi petang siang malam dalam bilik dengan dia. Bermati-mati jerit nama dia. Aku terangkan laju-laju dekat dia. Dia ajak aku pergi cari teacher dan dan dan carilah segala pertolongan yang boleh. Rasa nak nangis.
I end up dekat Jabatan Matematik. Meet someone yang aku tak pernah kenal. Yes, aku pelajar baru, tak kenal pun semua cikgu. Tapi aku tahu, dia juga salah seorang guru Matematik dekat maktab itu.

Sigh. Aku explain dekat cikgu itu sambil nangis-nangis. Why? Aku pun pelik. Sebab aku rasa aku nak cuba jawab soalan circle itu. Sebab malam itu, aku study gila-gila chapter circle. Sebab aku rasa aku... dah terlambat nak buat apa-apa. Masa dah tamat. Kertas dah masuk file dah. Aku bukan kanak-kanak special yang boleh mintak masa tambahan.

Balik kelas. Hampa. I can't stop crying. Bila fikir-fikir balik. Ini sebenarnya yang terjadi...
10 minutes before exam start,

"Ida, teman aku pi toilet sat. Hang tak kesah kan?"

"Takpa, lagipun aku nak basuh tangan ni. Melekit."

Masuk je dalam kelas, teacher jerit. 

"Okay class, you may start right now."

Aku pun dengan semangat waja menjawab peperiksaan. Doa. Tapi sayang, tak semak dulu kertas soalan tu. Rupa-rupanya, paper aku tak lengkap. Page tak lengkap. Dan ada soalan pilihan pun aku tak perasan. Whatsoever yang bermain dalam kepala otak aku, 'jawab semua, siap semua, check balik jawapan.' That's all. Aku alpa. Takpe, Allah nak uji aku.
Dekat sini aku nak tegaskan, setiap peluang itu datang sekali. Gunakan sebaiknya. Jangan sia-siakan. Sekali. I had learned an important lesson. Actually, kami semua diberi masa 1 jam before exam mathematics paper 2 dijalankan. But I keep on doing something sampai tak sedar masa tinggal 15 minutes. I thing I'm doing matrices at that time. Kut. Lupa. Then baru terhegeh-hegeh nak pi toilet. Yes.

P/S:
Allah tu Maha Pemurah, Maha Penyayang. Kita buat salah. Kita taubat. Allah terima kita. Tapi, aku malu. Berapa banyak salah yang aku dah buat. Bukan senang.

saya nak senyum dengan awak panjang-panjang :D

No comments:

 

♥ Best view with Google Chrome. ♥